Cara paling kacang untuk cuci enjin! Korang mesti tak sangka, kena tengok sampai habis
У вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Cara paling kacang untuk cuci enjin Direct Injection (Pancitan Kebuk)
Teknologi enjin semakin canggih, sekarang hampir semua kereta, termasuk yang paling mampu milik semua menggunakan sistem pancitan bahanapi dan yang paling canggih menghantar bahanapi terus ke dalam kebuk.
Kelebihan sistem ini ialah penjimatan bahanapi dan juga ia boleh menghasilkan kuasa dan tork yang tinggi apabila dipadankan dengan teknologi lain seperti turbo.
Tetapi setiap kelebihan mesti ada kekurangannya dan antara kekurangan enjin pancitan kebuk ialah tiada bahanapi yang melepasi corong masuk udara.
Kenapa penting ada bahanapi melalui corong masuk udara? Kerana bahanapi petrol dan disel dibancuh dengan pencuci.
Hah korang ingat iklan petrol yang kata produk mereka ada pencuci tu kelentong aje ke?
Itu bukan kelentong, itu benar.
Tanpa bahan pencuci, lapisan karbon boleh mudah terbentuk di belakang injap dan ini boleh menyebabkan kemerosotan prestasi yang agak nyata.
Kalau dulu kita perlu membuka kepala silinder untuk melakukan ‘top overhaul’ dan membersihkan injap kini tak perlu lagi.
Dengan teknologi nyahkarbon menggunakan kulit kacang walnut segalanya boleh selesai dalam temph sehari sahaja.
Selain penjimatan masa, teknik ini juga menjimatkan kos.
Kami minta kebenaran Volkswagen untuk masuk ke pusat servis mereka untukmelihat bagaimana proses ini dilakukan.
Kami memang teruja dengan keputusannya, memang bersih habis.
Nak tahu tentang kos dan penjelasan teknikal terperinci, boleh klik pada pautan di bawah ni.
http://www.volkswagen.com.my/my-vw/service/service-portfolio?wt_mc=funtasticko