Friday, 28 August, 2026г.
russian english deutsch french spanish portuguese czech greek georgian chinese japanese korean indonesian turkish thai uzbek

пример: покупка автомобиля в Запорожье

 

Penyerahan sumbangan kelengkapan musim sejuk kepada pelarian di Khazi Camp, Iraq

Penyerahan sumbangan kelengkapan musim sejuk kepada pelarian di Khazi Camp, IraqУ вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Penyerahan sumbangan kelengkapan musim sejuk, pemanas dan bahan bakar kepada pelarian Iraq Video penyerahan sumbangan pakaian musim sejuk boleh didapati di: https://youtu.be/lcqB8VKlRl0 Konflik di Mosul menyebabkan ribuan keluarga terpaksa melarikan diri apabila tentera Iraq dan sekutunya mengumumkan untuk mengambil alih semula Mosul daripada jajahan ISIS. Keadaan pelarian-pelarian ini sangat mendukacitakan disebabkan derita perang ditambah dengan musim sejuk yang melanda. Mereka meninggalkan Mosul dengan hanya pakaian asas bahkan ada yang sehelai sepinggang. Pelarian-pelarian Mosul ini ditempatkan di beberapa kem pelarian. MyCARE, dibawah agensi Salam Iraq mengambil inisiatif melancarkan kempen Winter Relief 2016 (Bantuan Musim Sejuk 2016) bagi menyalurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik. Bantuan ini terdiri daripada pakaian musim sejuk, selimut, pek makanan, tilam, alat pemanas dan bahan pembakar ke kem pelarian Khazar dan Khazi dengan kerjasama NGO setempat, al-Rakeezah Foundation for Relief and Development. Pihak kami mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada individu-individu penyumbang dari Malaysia khususnya, syarikat-syarikat korporat, penyumbang dari Singapura dan Brunei, dan seluruh rakyat Malaysia yang memberikan kepercayaan kepada MyCARE bagi menghulurkan bantuan anda kepada saudara-saudara kita di Iraq. Semoga Allah senantiasa memberi rahmah kepada para penyumbang bersama ahli-ahli keluarga dan digandakan rezeki untuk terus istiqamah membantu isu-isu kemanusiaan. https://www.fb.com/mycarehq https://www.fb.com/salamiraqhq https://www.mycare.org.my
Мой аккаунт