Scene Panas Amar Baharin dan Tiz Zaqyah Tersebar | Drama Melayu - Akadku Yang Terakhir
У вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Support http://www.youtube.com/camsmaniax?sub_confirmation=1
Complete behind the scenes | Compilation
-----------------------------------------------------------------------
Video adegan panas yang menjadi viral di media sosial.
Adegan ni dari satu drama ‘AkadKu Yang Terakhir’ yang tidak disiarkan di Astro. Babak Panas Amar Baharin dan Tiz Zaqyah.
Pelakon “Akadku Yang Terakhir” tidak menafikan babak wataknya merogol watak Tiz Zaqyah yang diviralkan di Internet menjadikan drama itu lebih popular.
Amar Baharin berkata walaupun adegan itu tidak disiarkan di televisyen namun ia menjadikan drama itu mendapat perhatian umum.
“Saya tidak menafikan perkara tersebut, baik atau buruk, ia tetap publisiti. Mungkin disebabkan babak rogol yang tersebar itu, orang ramai lebih berminat untuk menonton keseluruhan drama tersebut.
“Sebelum menjadi viral, mungkin orang tidak sedar tentang kewujudan drama ‘Akadku Yang Terakhir’ kerana ia bersiaran setiap pukul enam petang dan bukannya pada waktu perdana.
“Walaupun dihentam saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya orang ramai bercakap mengenai drama ini tidak kira baik atau buruk,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!.