Oh walit Sekumpulan burung walit yang tinggal di dalam bangunan lama. MENDENGAR kicauan burung pada pagi hari mungkin agak syahdu bagi kebanyakan orang, seolah-olah mereka berada di kawasan hijau yang jauh daripada hingar-bingar enjin kenderaan. Namun bagi pemilik kedai kopi, Ong Poh Kok, 54, di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu, kicauan harmoni burung layang-layang yang juga dikenali sebagai walit kini berubah menjadi mimpi ngeri. Poh Kok bersama jirannya, pengusaha kedai makan, M. Ramachandran,58, dan penduduk lain di Jalan Tok Lam ibarat hidup di sarang burung gergasi. Mereka pernah berpiket secara aman bagi membantah pihak berkuasa tempatan yang didakwa gagal bertindak biarpun puluhan aduan dibuat mengenai pencemaran udara dan bunyi di situ. 揔ami bukan dengki dengan pengusaha burung itu tetapi perniagaan itu biarlah sensitif dengan penduduk di sini yang merana kerana dia menjadikan bangunan mereka sebagai sarang walit, Burung walit perlu tempat sesuai PEMELIHARAAN burung walit (swiftlet) oleh pengusaha sarang burung perlu menepati ciri-ciri dan peraturan yang ditetapkan supaya industri itu tidak mendatangkan gangguan kepada masyarakat setempat. Beberapa kriteria sudah ditetapkan kerajaan berhubung isu pemeliharaan burung berkenaan antaranya menghadkan kadar bunyi dan kawasan peliharaan yang bersesuaian. 揜undingan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga sudah dibuat, antaranya pemeliharaan perlu dibuat di kawasan perumahan yang terbengkalai supaya ia tidak mengganggu ketenteraman orang ramai selain menjamin kebersihan. Burung layang-layang mempunyai dua jenis spesies iaitu walit dan layang-layang, kedua-dua burung ini tidak mempunyai sifat sama Gangguan bunyi daripada pengusaha sarang burung walit hendaklah tidak melebihi kadar 45 desibel (dsb) pada waktu malam dan 55 dsb untuk siang selaras dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pengusaha yang memainkan panggilan burung walit menerusi pembesar suara pula hanya dibenarkan antara jam 7 pagi hingga 7 malam pada tahap 40 dsb iaitu jauh lebih perlahan daripada percakapan biasa di kalangan manusia. Sarang walit dibuat daripada cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar bersebelahan kelenjar liur burung berkenaan manakala sarang burung layang-layang diperbuat daripada lumpur. Burung jenis walit mempunyai banyak kelebihan selain sarangnya yang boleh dieksport, najisnya boleh dijadikan baja organik yang mahal harganya. Daripada persampelan rawak didapati tiada penyakit berjangkit yang membabitkan burung walit termasuk penyakit berbahaya seperti selesema burung. Walit hanya terdapat di Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand, Myanmar dan Filipina. Malaysia adalah pengeluar sarang walit kedua terbesar selepas Indonesia dan dieksport ke Taiwan, China dan Korea. Statistik Persatuan Sarang Burung Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 10,000 pengusaha di seluruh negara.