У вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) akan mengadakan pertemuan dengan beberapa individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) dalam masa terdekat bagi melihat sendiri keadaan tahanan berkenaan.Pesuruhjaya SUHAKAM, James Nayagam berkata,pihaknya akan berhubung terus dengan tahanan tersebut setiap kali menerima laporan atau aduan berkaitan akta yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) itu sebelum membuat sebarang tindakan lanjut.
Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM),Ahmad Syukri Abd Razab turut mendakwa akta ini jelas bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan juga Deklarasi Hak Asasi Manusia Antrabangsa (UDHR) 1948 melalui beberapa perkara termasuk tangkapan arbitari, penangguhan akses guaman dan pertemuan keluarga, perbicaraan SOSMA yang berat sebelah, penahanan berpanjangan dan salahguna kuasa.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
http://www.rakyatnews.my/index.php/20140519177992/ekslusif/suhakam-mahu-tahanan-sosma-dibela
Video/Editing : Romy Irwan Shah