Tuesday, 04 August, 2026г.
russian english deutsch french spanish portuguese czech greek georgian chinese japanese korean indonesian turkish thai uzbek

пример: покупка автомобиля в Запорожье

 

5 Suspek Termasuk Dalang Sindiket Dadah Dicekup

5 Suspek Termasuk Dalang Sindiket Dadah DicekupУ вашего броузера проблема в совместимости с HTML5
[ JENAYAH MINGGU INI ] Satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah antarabangsa ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) susulan penahanan lima lelaki rakyat tempatan dalam lima serbuan di ibu negara dan Johor, semalam hingga awal pagi tadi. Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Kamarulzaman Mamat, berkata dalam serbuan itu turut dirampas pelbagai jenis dadah termasuk 51.6 kilogram (kg) syabu dan 3.7 kg heroin dengan nilai keseluruhan rampasan RM2.6 juta. Katanya, serbuan dilakukan hasil risikan sejak dua bulan lalu, hasil kerjasama JSJN Bukit Aman bersama JSJN Kuala Lumpur dan JSJN Johor. Beliau berkata, berpandukan maklumat pihaknya menyerbu pula ke satu lokasi di Skudai, Johor dan menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang juga ahli sindiket. Katanya, tangkapan itu kemudian membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Senai, Johor yang seterusnya merampas 1,850 pil ekstasi dan 3.7 kg dadah jenis heroin. Kamarulzaman berkata, tangkapan terakhir dibuat terhadap seorang lelaki kawasan Stulang Laut, Johor namun, tiada rampasan dibuat. Jelasnya, Hasil siasatan awal mendapati dalang sindiket baru saja keluar dari penjara kira-kira lima bulan lalu dan dipercayai memperoleh bekalan dadah dari kawasan ‘segi tiga emas’ (Thailand, Myanmar dan Kemboja) untuk edaran pasaran tempatan dan antarabangsa. Tambahnya lagi, Harga pasaran bagi sekilogram syabu ini dianggarkan RM50,000 namun nilainya boleh meningkat sehingga mencecah RM100,000 sekiranya terlepas ke pasaran luar. Beliau berkata, semakan rekod lampau terhadap semua suspek mendapati empat daripada mereka pernah ditahan atas kesalahan dadah dan samun. Katanya, dalam serbuan sama pihaknya turut menyita enam kereta, seutas jam tangan, pelbagai barang kemas serta wang tunai dengan nilai sitaan keseluruhan RM450,000. Beliau berkata, semua suspek direman tujuh hari sehingga 25 Jun ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. #MKLCRIMEDESK #TOKANDADAH #PDRM __ Like, Follow & Subscribes us at Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia Twitter https://twitter.com/twt_metronews Instagram http://instagram.com/metronewskl We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY! We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at [email protected] Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!
Мой аккаунт