[ JENAYAH MINGGU INI ]
Gara gara takut diberkas... Seorang lelaki warga nigeria mati selepas terjatuh dari tingkat 17 pangsapuri flora damansara petaling jaya.
Manakala seorang lagi lelaki yang juga rakan senegara patah kaki kerana terjun dari tangga pangsapuri sama.
Kedua dua mereka bertindak demikian ketika cuba meloloskan diri dari Ops Bersepadu Khas Polis Petaling Jaya bersama Jabatan Imigresen Selangor bagi mengesan pendatang asing tanpa izin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata... Operasi bermula jam 6 petang itu digerakkan hasil aduan penduduk setempat yang rimas dengan sikap jelek warga asing.
Sejumlah 69 warga asing diperiksa di sekitar kawasan itu.
46 daripada mereka ditangkap atas pelbagai kesalahan imigresen.
PATI yang ditahan membabitkan 15 warga bangladesh,13 nigeria, 6 indonesia, 4 uganda, 3 myanmar, india, ghana, afrika, filipina masing masing seorang.. serta seorang lagi belum dikenal pasti.
9 daripada mereka adalah wanita.
Kesemua tangkapan dibawa ke ibu pejabat imigresen selangor untuk dokumentasi.
Terdahulu polis petaling jaya pernah membuat operasi sama pada februari lepas dengan menahan 43 pati atas kesalahan tinggal lebih masa.. tiada dokumen perjalanan sah dan lain lain kesalahan imigresen.
#MKLCRIMEDESK #Negro
__
Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl
We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!
We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at
[email protected]
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!